LET'S GO..

Friday, December 8, 2023

SEMAKIN KITA DEWASA..

 Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaaa!! 

MashaAllah, Alhamdulillah dah lama kita menyepi kan? 👀 Kita pun baru je noticed yang kita dah lama tak berblogging, last update 2016. Masatu tengah buat Diploma. Tapi harini kita nak update sikit, Life kita dah berbeza, Duluuu single, Sekarang dah jadi isteri dan mommy anak sorang 👪Alhamdulillah, tak terucap kesyukuran kita ni. Macam-macam perjalanan kita lalui, Dulu muda, sekarang dah berusiaa, Begitulah kan kehidupan seorang manusia, Makin kita dewasa, makin mencabar perjalanan hidup kita. 


Okaylah. Taknak borak panjang sangat. Kita nak update yang kita dah jadi MOMMY kepada seorang anak soleh yang bernama Adeeb Rayyan yang kini berusia 2 tahun. Dipanjatkan juga kesyukuran, Mommy dah bekerja sebagai Physiotherapist ni selama 5 tahun disebuah Physioterapy Center & Rehab sector swasta. 

Sebagai kenangan, Mommy nak letak gambar keluarga kecil mommy kat sini 🙈


Okay okay.. Mommy nak kena sambung kerja ni. InshaAllah, panjang umur kita berblogging lagi ok. Bye korang, Assalamualaikum ✋

Tuesday, April 19, 2016

Jalina

Buat kali kedua kalinya hati ni rasa bagai ni rentap, Airmata mengalir bagaikan air terjun, begitu deras. Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasakan. Hampir seminggu Ina mendiamkan diri tanpa khabar berita, dan oneday Yan bagitahu yang Ina 'Nak withdraw' Ya Allah, masatu rasa macam tak percaya. Lepas tahu je berita tu, Ain terus WhatApp ina, Ain wasep macam biasa tanya khabar Ina, Ain buat buat taktahu atas apa yang berlaku. Tapi serius Ain sedih sangat, Kawan kawan yang lain pun sama sedih. Tak sangka orang yang selalu bagi semangat kat kitaorang yang keluar college dulu. Ina yang kami anggap EMAK, KAKAK dan SAHABAT dalam rumah ni dah takda. Apa pun keputusan Ina, Yakin lahh bahawa itu yang terbaik, Ina taat pada Ayah Ina, Semoga Allah sentiasa melimpah ruahkan rezeki Ina, Berat mana pun apa yang kami as your housemate rasa, berat lagi apa yang Ina tanggung. Mungkin rezeki Ina bukan dekat sini, tapi percayalahh Allah dah tentukan rezeki masing masing. Ina jangan risau pasal Atul, Ain kawan dia, insyaAllah Ain akan jadi sahabat dia dan Ain akan ada masa dia perlukan seseorang. Ina jaga diri ya? Sayang Ina. Jangan lupakan kami kat sini.



To : Jalina

Saturday, April 2, 2016

Busyyyy


Assalamualaikum, Rasa macam dah lama sangat dahhh tak update kat blogger ni sampai pass blog ni pun dah 'ingat ingat lupa', Dekat setahun kot tak update, hahaha.Punya lah malas admin nak update blog ni. Actually bukan lah malas nak update, tapi sejak sejak continue study ni jadi malas pula nak update, Ehh, bukan malas tapi busy dengan assignmentnya lagi, Bila dah betul betul free baru lahh update new story. Hm kalau ada masa free pun weekend je kott.

Memang kat blog ni jarang SANGAT nak update, tapi kalau dekat FACEBOOK, INSTAGRAM and TWITTER memang rajin gila update, Hahaha

Monday, July 13, 2015

Night Sport


Assalamualaikum and Hi to all of you, I came again.. Sebenarnya nak sangat update blog ni tiap tiap hari, Tapi biasalahhh, nama pun student kan ? Masa penuh dengan membuat assignment jee. Student ni banyak tauu masalah diaa, salah satunya Masalah kesuntukkan masa, dan yang lebih bermasalah ialah masalah duit, Hahahaa, duit duit duitttt. Dimana kauuu duit ~  Siapa kata life student ni enjoy ? Memang besar lerr.


Tapi, Dalam kesuntukkan masa tu. Student pun perlukan sukan, shopping semua tu. Dalam bahasa yang senang dan simple macam aktiviti yang menyeronokkan lah, Takda lah stress sangat asyik nak hadap Laptop, assignment, note and lecturer  jee kan.



Ni nak cerita sikit ni, Walaupun kami tak reti berenang. Tapi kami nak jugak mandi kolam, Hahahaha. Housemate kami ni memang otak gila gilaaa. Night Sport ni best tauu, Hahahaha, lepas berbuka then solat maghrib terus terjun masuk kolam, Hahahaa, Riadah malam malam. 

Wednesday, July 8, 2015

PHYSIOTHERAPY STUDENT.


Assalamualaikum and very good morning to all of you. Hekhekhek, Macam getting nak buat presentation pulak dahhh, Rasanya macam dah lama gila tak update blog ni kan. Hahaha, Almost 3year myb. Dari zaman sekolah menengah dan masa tu baru 14tahun and now dah masuk college still sayang kat blog ni. Gile ke tak sayang kan ? Macam macam dahh kita cerita dalam blog ni. *Tapi post lama dah delete.  Hihi

Okay dah lah throwback pasal dolu doluuuu. Lets start new life. Nak cerita sikit pasal housemate kita ni. Dalam hostel ni ada macam macam jenis orang yang kawan yang berlainan negeri tauu. 

Mehh tengok sini.Nak kasi tunjuk sikit gambaq housemate ceq. 




Haaaaa. Dah dahh la tuhh tengok gambarnyeeee pun. Tahu lah semua awek awek ni lawaaaa. 
Hehe, Ni nak kenalkan one by one. Kita mula dari kanan lah ye, Perbuatan yang dimulakan dari kanan kan sunah nabi. *Dah mula melalut ni
Hahahaah. Dari kanan yang pakai shawl hitam tu namanya Hasanah, Dia dari Sungai Petani, Kedah. Mula mula dia masuk rumah ni nampak macam sombong. Tapi sebenarnya tak pun. Hihi. Okay yang pakai tudung warna kelabu ni pulak nama dia Widyan, Dia dari Kelantan. First kenal, memang nampak sombong giler. Nama pelik pulak tu, ingatkan ada mix kan, Sebab muka pun macam mix sikit. *Hihi, sorry Yan. Jangan marah Ain tau.
Yang pakai tudung peach ni nama dia Aqilah, Dia dari Johor, *Budak JDT, Hahaa,Takda lah. Gurau jee.
Qilah ni baik tauu, Tak kedekut ilmu pun. Setengah orang tu kan kedekut ilmu sikit. Hahahah. 
Yang belakang pakai tudung hitam tu nama dia Faizatul, Dia ni orang Pineng. Senyuman dia tu manis, Ada lesung pipit tuuu, Haha, Yang paling viral, Dia punya loghat pineng tu memang mempengaruhi kawan kawan satu rumahh. Hahahaha,
Sebelah Faizatul yang pakai tudung merah ni nama dia Adlina, Dia pulak dari Perak,Haaaa yang dia ni baikkkdan suka buat lawak yang tak berapa nak menjadi*Sometime lawak dia menjadi jugak lah kannnn. Tapi dia ni suka betul cari pasal, Susah betul nak cakap yang aku ni COMEL. Hahaha, Pandai dan sama macam Aqilahh, Tak kedekut Ilmu. Bila dekat memang menyampah, Asyik nak gadu je memanjang, Tapi kalau jauh, even bilik asing pun dah rindu. Hahahaah, Okay yang ni last, Tudung biru ni nama dia Jalina, Dari Batu Berendam, Melaka. Kami suka bahan dia, and suka panggil dia dengan panggilan Jali sebab nama dia Jalina. Hihi, Tapi Ina ni memang the best friend lahh. Dah la rajin kemas rumah, Pandai masak, Suka bebel bebel kalau orang buat bising. Kami gelarkan dia kat rumah tu MAK. Tak pernah berkira kalau buat apa apaa.
Senang cerita, Memang best kalau dapat kawan dengan diaorang ni, Bersyukur sangat sebab dapat kawan dengan orang orang yang baik macam ni, Harap persahabatan kita ni tak STOP sampai 3tahun ni lahh, Yelahh kita pun buat Diploma kat sini pun 3tahun jee, Walaupun kita dah habis dipolama, Janji kita akan still contact tau kawan kawan, Jangan lupa diri, Ingat dari mana kita mula, Tanpa kawan kawan, Hidup kita takkan cerita.

Thursday, July 12, 2012

Sadness.






Semalam , lepas balik dari amik adik aku balik sekolah agama , Dalam pkol 5.40 Macam tu . 
Aku pecot lah motor Honda bapak aku tu . Ingat nak cepat hantar adik aku pergi 
mengaji then nak pergi rumah Dayah , Tapi last last kelain jadinya . Masa xcident tu , Aku dengan adik aku terjatuh sbb tergesel kat kereta . Nasib baik adik aku tak ada apa apa . Yg kena , Aku lah . Sbb aku yg bawak . Dalam masa tu , Tuhan jea yang tahu betapa
sakitnya aku . Sokey lah . Aku still boleh angkat motor . Aku bawak motor sampai rumah , balik balik terus aku menangis tengok darah banyak kat tangan . Ibu tanya , aku buat taktau jea . Masuk bilik menangis sampai tertidor . Sedar sedar kaki kiri aku sakit sangat sampai tak boleh berdiri . Harini baru aku pergi Hospital , Kena Xray . Alhamdulillah takda apa yang teruk . doktor kata , Tulang kaki aku lari :) .